Nov 17, 2010

Sorang-sorang pun boleh…Apa ada hal~

Lokasi: kedai Conberse & Eberlast, Qbay.

Usha-usha kasut. Terpandang satu kasut ni. Lawa. Saiz 6. Try2 jap. Cun! Terus rembat. Hencik promoter tolong bawak kan kasut tu ke kaunter sementara aku nak usha barang-barang lain. Tengok-tengok jeans. Usha-usha beg. Takde yang berkenan. Terus ke kaunter, bayar kasut. Amoi tu scan. RM29.90. Aku bagi RM50. Dia amek. Masuk kan dalam kalkulator-besar-tu (xtau menatang mesin tu nama apa). Pastu bungkus-bungkus kasut masuk lam plastic bag. Hulur kat aku. Aku amek. Then terus next customer. Aku masih berdiri di situ. Blur-blur. Sementara amoi cashier tu sibuk duk kira barang for next customer. Then, tanpa berlengah……

 

“WOI,MANA BALANCE AKU HAH??!!”

 

Dalam hati je la. Sebetulnya macam neh…..

 

“er..er..excuse me…balance??”-sambil wat muka comey-mintak-pelempang.

“Owh..sorry..sorry..wait aaa.. - cashier yang nak kena lempang.

(-_-‘’)

 

HaloO amoii… Wa punya balance bukan 20sen maa. Kalau 20sen wa halal sajaaa... Ni 20hengget wa dah boleh terbang pegi bintang meh.. HaiyOo~~! Ini macam punya olang pun ada ka?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin