Dec 21, 2010

Aku sudah punya segalanya. Apa lagi aku mahu? Cukup. Aku rasa.

Aku punya mereka.  Aku punya abah yang hebat. Aku punya mama yang penyayang. Aku punya kakak yang sengal. Aku punya adik lelaki yang protective. Aku punya adik perempuan yang comel. Aku tak punya abang? Ya. Tapi aku punya dua abang ipar dan next year maybe 3. Apa lagi mahuku?

Aku punya mereka. Mereka-mereka jantung aku. Mereka jiwa aku. Mereka hidup aku. Aku juga punya sahabat-sahabat yang terbaik. Aku punya segalanya.

Aku bersyukur kerana aku masih punya mereka. Kekuatan untuk aku berjalan di bumi-Mu ini. Kekuatan untuk aku terus bernafas.Aku sayang mereka semua. Terima kasih Tuhan.

 

 

p/s:result pro da kuaw. Alhamdulillah semuanya clear. Just waiting for the full result.huu~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin