Mar 12, 2011

Berakit-rakit Ke Hulu…

Salam dan selamat hujung minggu…Entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry Kursus ka Kem??tapi campinggg…

Kat sini aku nak share sikit antara aktiviti yang paling best y kitorang buat kt kem aritu. BERAKIT!! Seyes best.. Lebih kurang 15km jugak la kami mendayung sampan rakit dalam keadaan cuaca yang sangat-panas-giler-xhengatttt!Kami start berakit-rakit ke hulu dalam pukul 10.45 pagi gak la dan dijangka akan sampai paling-paling pun dalam pukul 5. Tapi apa yang sangat membanggakan adalah kami sampai awal dari apa yang dijangka!!Pukul 2.30pm da sampai ke Pekan Lipis. Macam tak percaya gak. 3 jam 15 minit je. Tu pun dengan da banyak masa di bazirkan time sangkut kt air pusar dan berenti amik klu kat every check point. Tapi mengikut dari jurulatih-jurulatih yang mengatakan bahawa ini adalah satu REKOD BARU!! Macam tak percaya je. Dah la most of us memang first time berakit-rakit ni. Tak tau pape!

Sepanjang berakit tu banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan. Antaranya bila part rakit sangkut kt dahan-dahan pokok yang berjuntai kat tepi-tepi sungai. Yang tu memang paling extreme. Dengan arusnya yang laju menolak rakit lagi. Dan akibat perlanggaran dengan dahan-dahan pokok tu jugak la, one of my team mate terjatuh dalam sungai!! That time masing-masing cuak gila. Dah la semua members group aku tu adalah 1st time join berakit-rakit ne.So,masing-masing tak de pengalaman. Seb baek ada jurulatih yang join sekali naik rakit kitorang. Beliau ajar kitorang suh hulurkan padle kat kawan yang jatuh tu. Dengan nak lawan arus, nak elak dahan-dahan pokok,memang sangat mencabarlah.Nasib baik semua ok. Tu memang pengalaman terbaek ah! Dan akibat daripada ‘kejatuhan’ tu, satu paddle group kitorang ilang. Tinggal lima je. So, terpaksa la bergilir-gilir. Memang seksa kot. Tapi tu la kan,pengalaman terbaik!Takpe…

Selain dari kejatuhan tu, ada lagi part yang best! Part makan-makan. Nak tau makan apa??ce cite…ce cite…haa..ni nak cite ni! Bawang, petai, cili dan telur mentah!itulah makanannnya..hadoii!memang hazab kot! Everytime lepas satu-satu checkpoint, jurulatih akan bagi kami makan menda tu.haish..mula-mula bagi bawang. That time,kitorang semua da macam..aa..apakah??O.o Sebiji bawang tu makan ramai-ramai,gilir-gilir..Terbaek! Ingatkan sampai situ ja, da la first2 checkpoint agi kitorang di beri sirap!bukan untuk diminom okey. Untuk di tepek kat muka!!haha..merah la semuaa…Pastu petai plakk! Sebiji sorang. Kena makan dengan kulit-kulit.. [-_-“] Korang agak-agak aku makan x?haha..mesti la x!! Jurulatih kt sebelah,so terpaksa la buat2 masuk mulut. Memang petai tu duk diam2 je la dalam mulut. Tak de nye aku nak kunyah. Hazab kot!haha..tapi bila da lama2 tu,aku buang je petai tu dalam sungai senyap2. Seb baek xkantoi!hahaha..Cili pun macam tu gak. BUANG! Yang part telur mentah tu memang xleh nak lari ah. Terpaksa gak telan. Tapi sikit je la aku makan. Yang lain2 bagi dak laki habiskan.hoho..

One more thing yang memang aku xley lupakan adalah time terpaksa lunch kat atas rakit. Kerjasama antara ahli group sangat di perlukan time tu. Kami gilir-gilir makan. Thanx a lot kat dak2 laki yang beria suh kami makan dulu(dak pompuan) sementara diorang control rakit. Pastu gilir-gilir plak depan dan belakang makan. Tapi enjoy jugak la. Sambil makan, sambil layan perasaan tengah-tengah panas-terik-sumpah-terbakar.haha.. Terbaek lagi!

Okehlah..macam da banyak je aku merepek. Penat korang nak baca kan.. Jom layan gambar plak! Lets the pics talk to the hand.hahaha..

197331_1813965662225_1032564759_32085317_7326871_n

Permulaan : Berkerjasama membuat rakit.

184663_1813966182238_1032564759_32085318_7148710_n

Mereka sedang kusyukk ikat-mengikat.

190213_1813967662275_1032564759_32085320_144863_n

Berkelah atas rakit. Lunch.

196488_1813968582298_1032564759_32085321_2273965_n

Sempat lagi ko posing ye penghuluwati…makannn~

199524_1813974062435_1032564759_32085331_2858876_n

Finally,sampai jugak ke lokasi yang di tuju…

196935_1813975222464_1032564759_32085332_411894_n

Gambar kenang-kenangan di tepi sungai selepas penat berakit-rakit…

Legasi Lipis terbaik!=)

Pics creadit to Tok Nebeng aka Che Murad.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin