Jul 25, 2011

Aku

Aku bukan Tuhan,
yang mampu mengatur setiap langkahmu,
yang punya kuasa mengetahui segalanya tentang kamu
walau sebelum mahupun selepas...

Aku bukan Malaikat
yang indah baik tiada celanya,
yang mampu menemani kamu setiap masanya

Aku bukan Nabi
yang sifat maksum lindunginya dari segala kemungkaran,
juga punya mukjizat yang mungkin mampu membantu kamu adanya.

Aku juga bukan kakakmu, adikmu
bukan juga keluargmu.

Dan aku ini mungkin bukan siapa-siapa bagimu.

Aku hanyalah seorang temanmu
sahabatmu yang tak punya harta untuk di kongsi
yang sungguh aku tak punya apa-apa.

Hanya sekeping hati ini
yang aku rasa masih mampu
untuk doakan segala yang terbaik untuk kamu
maaf.
hanya itu mampuku.


akusayangkamu.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin