Jul 21, 2011

Selamat Hari Lahir

.....
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nant
i
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat MutiaraTiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
.....


Untukmu sahabatku, Siti Rahayu Md Amin. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-22.
*insert all da thing that i always told you*.
Sayang kamu ketat-ketat!!
Babai.
Sekian..


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin